https://my06.awfatech.com/alazhar/content/news/newsf1_Root_1576779587.jpg

PROGRAM PASCA TAHUN 6: SLOT MENITI USIA BALIGH (MUB)

PROGRAM PASCA TAHUN 6 HARI INI DITERUSKAN DENGAN SLOT MENITI USIA BALIGH (MUB) YANG DISAMPAIKAN OLEH ABANG NABIL.

PROGRAM INI MENEKANKAN ASPEK BERKAITAN DENGAN PERKARA- PERKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI OLEH ANAK ANAK APABILA TELAH MEMASUKI USIA BALIGH. TAHU PERUBAHAN FIZIKAL DAN EMOSI YANG BERLAKU. TAHU BAHAWA DOSA DAN PAHALA ATAS TANGGUNGAN SENDIRI. MENGETAHUI BAHAWA MEREKA TELAH SAMPAI USIA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB. SOLAT TIDAK BOLEH DITINGGALKAN. AURAT PERLU DIJAGA. DAN MENGETAHUI BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN APABILA TELAH SAMPAI USIA. SEMOGA DENGAN PENEKANAN KEPADA ASPEK ASPEK INI MENJADIKAN MEREKA ANAK ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

LAGI
https://my06.awfatech.com/alazhar/content/news/newsf1_Root_1576751111.jpg

MAJLIS PENGANUGERAHAN SYAHADAH PERGURUAN ISLAM & SYAHADAH PERGURUAN ASAS IKLAM MUSLEH

ALHAMDULILLAH SERAMAI 27 ORANG GURU DARIPADA SRAZ DAN SMAZ TELAH BERJAYA MELALUI PENGAJIAN IKHTISAS PERGURUAN DI BAWAH KENDALIAN UNIT LATIHAN IKRAM MUSLEH YANG DIKENALI SEBAGAI SYAHADAH PERGURUAN ISLAM IKRAM MUSLEH (SPIIM). PENGAJIAN INI MENGAMBIL MASA LEBIH 3 TAHUN (DIS 2015 - JUN 2019).

MEREKA TELAH DIRAIKAN PADA HARI INI DALAM MAJLIS PENGANUGERAHAN SPIIM DAN SPAIM YANG MENGGABUNGKAN 4 PUSAT LATIHAN RANGKAIAN SRI SMI DI SELURUH MALAYSIA.

TAHNIAH PADA SEMUA GRADUAN YANG SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA DAN MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN BAGI MENGIKUTI PROGRAM SPIIM INI HINGGA TAMAT.

LAGI
https://my06.awfatech.com/alazhar/content/news/newsf1_Root_1576750915.jpg

DAURAH TAHFIZ SMAZ 2019 8-21 DISEMBER 2019

ALHAMDULILAH SEDANG BERLANGSUNG PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN BAGI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AL-AZHAR. DAURAH INI BERLANGSUNG SELAMA 2 MINGGU MELIBATKAN PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3 SERTA TERBUKA UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 TERMASUK PELAJAR DARI LUAR SMAZ.

DAURAH INI ADALAH PROGRAM TAHUNAN YANG DIADAKAN SETIAP KALI CUTI PERSEKOLAHAN HUJUNG TAHUN. SEMOGA PARA PESERTA SABAR DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MENGHAFAL AYAT-AYAT ALLAH S.W.T DAN MENJADIKAN MEREKA PELAJAR YANG BUKAN SAHAJA CEMERLANG AKADEMIK, SAHSIAH DAN KEPIMPINAN MALAHAN YANG LEBIH PENTING LAGI TERSEMAT KEMAS AYAT-AYAT ALLAH DALAM DIRI MEREKA KE MANA SAHAJA MEREKA PERGI DAN BERADA.

LAGI
https://my06.awfatech.com/alazhar/content/news/newsf1_Root_1576726818.png

PENDAFTARAN SRA SESI 2020 KINI DIBUKA

PENDAFTARAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR UNTUK TAHUN 2020 KINI DIBUKA!

ANDA MENCARI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI PRESTASI CEMERLANG DALAM AKADEMIK? MALAH TURUT CEMERLANG DALAM PEMBINAAN SYAKHSIAH PELAJAR?

ANDA AKAN TEMUKAN KEDUA-DUANYA DI SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR!

LAGI

Page 4 of 4