TEMPOH PKP DILANJUTKAN BUKANLAH ALASAN UNTUK KITA TIDAK MENGULANGKAJI PELAJARAN. ADA PELBAGAI CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN AGAR KITA TIDAK TERLEPAS DARIPADA SILIBUS YANG DIPELAJARI. BAHKAN KERAJAAN JUGA TELAH MENJALANKAN BEBERAPA INISIATIF UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR MASIH BOLEH BELAJAR DI RUMAH.JOM KITA IKUTI BEBERAPA TIPS PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIIKUTI SEPANJANG TEMPOH PKP.
1) FOKUS
BELAJAR TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG, TETAPI BERGANTUNG PADA SEJAUH MANA KITA MENGGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN MASA TERSEBUT UNTUK BELAJAR. BAHKAN TELAH DIBUKTIKAN BAHAWA OTAK MANUSIA INI AKAN SANGAT EFEKTIF JIKA KITA MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN FOKUS WALAUPUN HANYA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT. JADI ELAKKAN DARIPADA SEBARANG MASALAH DAN GANGGUAN LUAR SEMASA MENGULANG KAJI PELAJARAN TERUTAMANYA SUBJEK YANG MELIBATKAN HAFALAN.
2) PERSEKITARAN YANG SELESA
SUASANA PERSEKITARAN SANGAT MEMAINKAN PERANAN SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARA. ANTARA SEBAB MENGAPA KITA TIDAK DAPAT FOKUS SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN ADALAH DISEBABKAN KEADAAN YANG TIDAK SELESA. SEBAIKNYA KITA SEDIAKAN ATAU ‘CIPTA’ RUANG KHAS UNTUK KITA BELAJAR AGAR _‘MOOD’_ BELAJAR ITU SENTIASA ADA. ELAKKAN BELAJAR DI MEJA MAKAN, DEPAN TELEVISYEN, RUANG TAMU ATAUPUN TEMPAT KELUARGA KITA BERKUMPUL KERANA IA AKAN MENGGANGGU FOKUS KETIKA BELAJAR.
3) GUNAKAN TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN
TERDAPAT PELBAGAI TEKNIK BELAJAR BERKESAN YANG BOLEH DICONTOHI. NAMUN ADALAH LEBIH BAIK KITA MENGENALI TERLEBIH DAHLU DIRI KITA DENGAN TEKNIK BELAJAR BERKESAN YANG BERSESUAIAN. SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN PERSONALITI YANG BERBEZA MAKA CARA BELAJARNYA JUGA BERBEZA. JANGAN LUPA UNTUK BUAT NOTA RINGKAS DENGAN CARA YANG PALING MUDAH UNTUK KITA FAHAM. HAL INI AKAN MEMBANTU KITA MENGULANG KAJI SECARA ‘PANTAS’ APABILA HAMPIR DENGAN TARIKH PEPERIKSAAN.
4) MASA YANG SESUAI
MASA YANG SESUAI ADALAH SANGAT PENTING UNTUK MEMASTIKAN KUALITI SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN. KAJIAN MENGATAKAN, OTAK KITA MEMPUNYA PERATUSAN BERFUNGSI DENGAN BAIK MENGIKUT WAKTU TERTENTU. DAN DIKATAKAN WAKTU OTAK KITA DAPAT BERFUNGSI 100% ADALAH PADA JAM 4 PAGI SEHINGGA JAM 6 PAGI. SELAIN ITU, ANTARA WAKTU TERBAIK UNTUK KITA MENGULANG KAJI PELAJARAN ADALAH PADA JAM 7-10 PAGI, 3-5 PETANG DAN 8 -10 MALAM.
5) KAWALAN GADJET
BOLEH DIKATAKAN BAHAWA GADJET ADALAH ANTARA GANGGUAN PALING MENCABAR BUAT PARA PELAJAR SEMASA BERADA DI RUMAH. GADJET BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI SEBILAH PISAU, JIKA BAIK CARA PENGGUNAANNYA MAKA BAIKLAH HASILNYA, SEKIRA BURUK CARA PENGGUNAANNYA MAKA BURUK JUGA HASILNYA. KITA BOLEH MENGGUNAKAN GADJET SEKIRANYA IA MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN KITA DALAM SESI PEMBELAJARAN. JIKA TIDAK, SILA MATIKAN ATAU JAUHKAN SEKETIKA GADJET TERSEBUT SEMASA KITA MENGULANG KAJI PELAJARAN.
6) BANTU IBU BAPA DI RUMAH
JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI ANAK DI RUMAH UNTUK MEMBANTU IBU BAPA MELAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH. JANGAN JADIKAN BELAJAR SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK MEMBANTU IBU BAPA DI RUMAH. MAKLUM PADA IBU BAPA WAKTU ANDA MENGULANG KAJI PELAJARAN DAN ‘ONLINE CLASS’ YANG TELAH DIJADUALKAN. BANTULAH IBU BAPA SELAIN DARIPADA WAKTU TERSEBUT, DAN BAHAGIAKAN MEREKA. INGATLAH BAHAWA KEBERKATAN UTAMA SEORANG ANAK DI RUMAH TERLETAK PADA IBU DAN AYAHNYA, MANAKALA KEBERKATAN SEORANG PELAJAR DI SEKOLAH ADALAH PADA GURUNYA.
AMAT MENYEDIHKAN APABILA LAPORAN PADA AWAL BULAN MAC DARIPADA SEBUAH LAMAN SESAWANG PORNOGRAFI MELAPORKAN BAHAWA MALAYSIA MENDUDUKI TEMPAT PERTAMA DI ASIA DAN TEMPAT KE EMPAT DUNIA DALAM CARIAN DI LAMAN SESAWANG LUCAH@ PORNOGRAFI TERSEBUT SEMASA WABAK CORONA VIRUS INI BERLAKU.
WAKTU LAPANG DI RUMAH SEPATUTNYA DIISI DENGAN AKTIVITI YANG BERFAEDAH DAN BERMUHASABAH DENGAN UJIAN YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH S.W.T. MALANGNYA TERDAPAT SEGELINTIR DARIPADA RAKYAT MALAYSIA YANG MENGISI MASA LAPANG TERSEBUT DENGAN AKTIVITI MAKSIAT DAN TIDAK BERFAEDAH SEPERTI MELAYARI LAMAN@VIDEO LUCAH@PORNOGRAFI DAN BERHUBUNGAN@MELAKUKAN KOMUNIKASI TERLARANG MELALUI WHATSAPP, FACEBOOK, CHAT, VIDEO CALL, INSTAGRAM DAN SEBAGAINYA.IBU BAPA PERLU MEMANDANG SERIUS PERKARA INI DAN SENTIASA MEMERIKSA DAN MEMANTAU PENGGUNAAN HANDPHONE ANAK MASING-MASING.
PESAN GURU IMAM SYAFI'I KEPADANYA KETIKA DITANYA BERKAITAN TERJEJASNYA HAFAZAN BELIAU.“ILMU ADALAH CAHAYA DAN CAHAYA ALLAH TIDAKLAH MUNGKIN DIBERIKAN PADA AHLI MAKSIAT”. SEMOGA PARA PELAJAR DAPAT MERANCANG DAN MEMANFAATKAN SEPENUHNYA AKTIVITI DI RUMAH SEPANJANG TEMPOH PKP INI.